Gel4ndangan mula hidup baharu, hadiri temuduga kerja

Gel4ndangan yang diselamatkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal memulakan langkah hidup baharu apabila menghadiri taklimat dan temuduga kerja bagi membolehkan mereka berkerja selepas ini.

 

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa berkata, beliau melahirkan kesyukuran kerana golongan itu menyahut seruan untuk memulakan kehidupan baru.

 

“Saya amat bersyukur mereka sahut seruan saya untuk memulakan hidup lebih baharu. Semoga dengan berkat Ramadan kita semua beroleh keampunan dan keredhaan Allah S.W.T,” katanya.

 

Sebelum ini Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan (JKKNWP) dipetik sebagai berkata, pihaknya telah menggerakkan sebuah jawatankuasa khas gel4ndangan dianggotai ag3nsi-ag3nsi kerajaan seperti Yayasan Kebajikan Negara

 

Jabatan Tenaga Kerja, Agensi Antidadah Kebangsaan serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha memberikan pekerjaan kepada golongan itu.

Sementara menunggu untuk mula bekerja, mereka akan dipindahkan ke dua asrama yang disediakan DBKL dan syarikat yang akan menggajikan mereka.

Mereka akan ditawarkan gaji sebanyak RM1,400 sebagai permulaan berserta elaun untuk jawatan 0perator pengeluaran kilang dan sebagai pekerja am DBKL dengan gaji harian yang membolehkan mereka mendapat kira-kira RM1,200 sebulan.

SOALAN LAZIM TEMUDUGA

Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Betul tak? Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tert3kan itu masih ada lagi dalam diri anda.

Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan PERSEDIAAN (Preparations) contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.

 

Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat.

Petua dia, jangan tak jawab soalan. Bercakap dengan jelas, yakin pada diri sendiri. Jangan hanya mendiamkan diri. N4has ko beb hehe.

 

Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang kerja yang anda nak pilih, company yang anda nak pilih. Dengan itu anda mempunyai kelebihan dalam menjawab soalan yang ditanya nanti

Sumber:citermaya

Facebook Comments

Be the first to comment on "Gel4ndangan mula hidup baharu, hadiri temuduga kerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*