‘Akhirnya’ Tiada caj tambahan bagi ansuran perjanjian sewa beli

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan pihak bank dan institusi kewangan di negara ini bersetuju melvpuskan caj tambahan ke atas ansuran bagi pinjaman sewa beli bagi kedua-dua sistem konvensional dan syariah.

 

“Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan syariah) sepanjang tempoh pembiayaan tersebut.

 

“Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan),” katanya dalam satu kenyataan.

 

Sehubungan itu, Tengku Zafrul berkata, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing.

 

Ini termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut.

Beliau berkata, maklumat lanjut, boleh didapati daripada bank masing-masing.

“Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang menc4bar ini,” katanya.

Sumber Malaysiakini

Via newscoviral

Facebook Comments

Be the first to comment on "‘Akhirnya’ Tiada caj tambahan bagi ansuran perjanjian sewa beli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*