Aura wanita ke-19 dah pud4r… Da’i Farhan cer4i isteri sedang h4mil, ulang sejarah lama

ISTERI bagi perkahwinan kedua pend4kwah bebas, Dai Farhan yang dikenali sebagai Dr Erin mengesahkan dia sudah dicer4ikan suaminya itu pada hujung April lalu.

 

Menurut Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, pencer4ian itu atas permintaannya dan keputusan tersebut dicapai hasil persetujuan bersama demi kebaikan semua pihak termasuk bek4s madu, Fatin Nurul Ain.

 

“Untuk pengetahuan semua ustaz telah pun melafazkan cer4i kepada saya pada 27 April selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan.

 

“Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana juga (bek4s madu) tak boleh move on.

“Percer4ian ni saya yang minta sebab saya dah pen4t dengan episod kejap kata nak rujuk sana dan nak cer4ikan saya, kejap tak jadi cer4i saya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan saya, kejap nak cer4i balik… saya tahu ustaz pun serba salah kerana itu saya memilih untuk dicer4ikan dengan rela,” katanya menerusi Instagram pada malam Selasa.

Erin dedah status rumah tangga di Instagram.

Sementara itu, Erin memaklumkan dia mengizinkan Da’i Farhan atau Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, untuk kembali kepada bek4s isteri kerana suaminya itu enggan berpisah jauh dengan anak-anak sejak Februari.

Sepanjang tempoh tersebut, Erin mengakui p4srah menantikan waktu dicer4ikan suami sehinggalah mendapat perkhabaran sudah h4mil baru-baru ini.

“Pada 11 Februari lalu saya mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bek4s isteri kerana selepas ustaz pulang dari zi4rah anak-anaknya, ustaz cakap dia tak boleh berjauhan dengan anak-anak.

“Pihak sana bagi syarat nak duduk dengan anak boleh… tapi dengan mencer4ikan saya sebab mentua dia takkan bagi anak dia bermadu… sebabkan terlalu sayang ustaz, saya cakap pada ustaz bawa saya jumpa mak ustaz dan bek4s madu untuk saya serahkan ustaz balik.

“Saya mengalah dan tak harapkan apa-apa daripada ustaz, cuma menunggu masa nak dicer4ikan saja. Sejak bulan Februari nak cer4i ada saja mas4lah datang sampailah saya nekad nak akhiri pada bulan Ramadan demi kebaikan semua tapi saya tahu meng4ndung pula… tapi saya nekad dengan keputusan untuk mengakhirinya,” ujarnya.

Menerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka, Erin meminta masyarakat tidak lagi mengaitkan dia dengan pend4kwah bebas tersebut.

Dalam masa sama, dia memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terg0res hati sepanjang perkahwinannya dengan Nik Farhan.

“Saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan ustaz dengan saya, apa-apa yang saya post adalah atas diri saya sendiri yang hlna ini, yang baru nak dapat hidayah ini sememangnya tak layak dengan g0longan agamawan.

“Biarlah ustaz jalani kehidupan dia seperti biasa dengan ketenangan dan kebaikan… akhir kata saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang terg0res hati dan terk3san atas pernikahan saya dengan ustaz. Saya tak minta jadi macam ni.

“Saya terima lamaran ustaz dulu kerana ilmu agama dan kebaikan yang saya nampak dalam diri ustaz masa tu dan saya sangat berharap ustaz boleh membawa saya ke syurga,” katanya.

Pada November tahun lalu, perkahwinan Nik Farhan dengan janda anak lapan iaitu Erin di Makkah mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin.

Bagaimanapun, Nik Farhan kemudiannya mengambil keputusan mencer4ikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang s4rat meng4ndung anak kedua mereka dan percer4ian dengan t4lak satu itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatApps.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sumber:mstar

Facebook Comments

Be the first to comment on "Aura wanita ke-19 dah pud4r… Da’i Farhan cer4i isteri sedang h4mil, ulang sejarah lama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*