“Lepas ni, boleh lah solat kat masjid?” – SOP Ibadah Di Masjid Dan Surau Dah Siap, Tinggal Tunggu Ar4han K’jaan

Semasa kita menjalani PKP, kerajaan telah mengumumkan masyarakat yang beragama Islam tidak dibenarkan membuat aktiviti keagamaan di masjid dan surau.

 

Terbaru, pembukaan semula masjid dan surau akan dilaksanakan sekiranya kerajaan berpuas hati dengan SOP yang disediakan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), lapor Bernama.

 

Menerusi laporan itu, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata garis panduan telah siap dan sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali keempat pada 30 April lepas.

 

Dalam perkara ini, kebenaran daripada KKM dan MKN sangat penting dalam pembukaan semula masjid dan surau ini.

Turut difahamkan SOP berkenaan telah disediakan oleh Unit Penyelidikan Ilmiah JPM (Hal Ehwal Agama) dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pertimbangan utama kerajaan adalah melihat kepada kesiapsiagaan dan persediaan teknikal di tahap optimum semua pihak iaitu Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan berautoriti dan pihak berkuasa utama negeri dalam hal ehwal pentadbiran agama serta persediaan masjid dan surau di tahap terbaik,” – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Pembukaan masjid akan dilaksanakan dalam masa terdekat, tetapi sepanjang PKPB ini segala aktiviti masjid dan surau masih lagi tidak dibenarkan.

Sumber: Lobakmerah

Via trendinggiler

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Lepas ni, boleh lah solat kat masjid?” – SOP Ibadah Di Masjid Dan Surau Dah Siap, Tinggal Tunggu Ar4han K’jaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*