“50 sen satu kuih?, Kenapa mahal benar ni cik”. Saat makcik itu buka mulut, Nora ters3ntak

Foto sekadar hiasan.

 

Apakah Melayu sudah bankrup?

Perbualan penjual kueh dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga saja.

“Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3,” kata Nora.

“Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?” tanya makcik itu.

“50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?” tanya Nora secara berseloroh.

“Bolehlah, saya tambah lagi satu biji.”

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.

“50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik,” jawab makcik itu.

“Ye ke ni cik?” tanya Nora semula.

“Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” jawab makcik.

Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.

“Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?” tanya makcik itu.

“Tengahari, dalam jam 11 macam tu,” agak Nora.

“Makcik buat seorang, dari jam 10 pagi,” jawab Makcik tu.

“Dalam jam 3.30 dah kena siap semua, jam 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah,” beritahu makcik itu.

“Sekarang jam berapa ni dik?” tanya makcik itu lagi kepada Nora.

“5 suku,” jawab Nora.

“Adik pelanggan kedua makcik hari ni,” jawab makcik itu. “Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20.”

Nora diam sahaja.

“Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga,” kata makcik itu sambil mengangkat jari.

“Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20.”

Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.

“Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat,” beritahu makcik tu.

“Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?”

“Sejam lebih,” agak Nora lagi.

“Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?”

Makcik itu merenung muka Nora.

“Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu,” jawab makcik itu.

“Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. ”

Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada.

“Tapi maaflah dik takvt adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik.”

Nora terdiam tertanya-tanya.

“Pelik macam mana tu Cik?”

“Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal,” Makcik itu senyum.

Nora terdiam lagi.

“Adik pernah cuba buat kuih orang kita?” tanya makcik itu tiba tiba.

“Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu,” jawab Nora.

“Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?” tanya makcik tu.

Nora hanya diam. Terkenang p3nat dan lenguh tangannya memvkul telur.

“Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah,” kata makcik itu.

“Tapi makcik sedlh tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada.”

Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.

“Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua,” kata makcik tu.

“Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih kuih ni dekat adik?” tanya makcik tu.

“Kalau makcik m4ti nanti, anak anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari hari?” Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.

“Eh, makcik, ni kan duit kuih saya,” kata Nora.

“Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan,” jawab makcik itu.

“Kenapa pula makcik?” tanya Nora kehairanan.

“Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita,” jawab makcik itu.

“Saya mampu makcik,” balas Nora.

“50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu,” kata makcik itu tersenyum, ikhlas.

Kesimpulan Dari Perbualan Atas

# kalau rasa 50sen tu mahal jangan beli
# kek secrect resepi murah je boleh beli
# jangan bantu orang susah
# bantu orang senang

# harga berpatutan dah jangan pertlkai
# tolong hargai susah payah orang yang buat
# cuba buat sendiri agak agak dapat ke seketul 20sen
# agak agak faham ke

# beli kat pasaraya tak minta kurang pun.
# saja cari pasal
# dah murah nak murah lagi
# please la fikir dan nilaikan

# pergi la cari yang paling murah kalau dapat.
# jual harga standard pun minta kurang melampau2

Kenapa saya share cerita ni…

Kerana ada kisah dan pengajaran disebaliknya.

1- Yang bergaji bulan belum tentu yakin dengan rezeki

2- Hanya kerana 50 sen dia begitu berkira kerana kueh tu dijual ditepi jalan.

Dumkin dobut 3.00 sebiji kita sanggup beli walaupun syarikat milik amarika.

3- Melayu yang bangkrap sebenar bukan si penjual kueh tapi si pembeli yang bangkrap sikap

4- Akhirnya makcik kueh yang lebih banyak dapat pahalanya daripada si pembeli.

Kerana sanggup sedekah kueh tanpa mengira untung rugl, kerana dia begitu yakin dengan rezeki Allah swt

Fikirkan lah wahai melayu 😉
#melayusejati

Kejadian di Kulim Kedah

Sekadar kisah tauladan.

Kredit : Perkaseh Malaysia

Melalui carian google, kisah diatas pernah tular beberapa tahun lepas. Tidak kami pastikan samada ianya adalah kisah benar ataupun sekadar rekaan semata mata.

Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. Jangan lupa kongsikan. Moga bermanfaat.

Sumber:edisimedia

Facebook Comments

Be the first to comment on "“50 sen satu kuih?, Kenapa mahal benar ni cik”. Saat makcik itu buka mulut, Nora ters3ntak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*