Rakyat Boleh Menyambut Hari Raya Tapi Syarat Yang Perlu Kita Patuhi.

Rakyat perlu mematuhi arhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya ingin kembali kepada kehidupan biasa dan seterusnya membolehkan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi disambut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persoalan sama ada PKP fasa kedua yang akan berakhir 14 April ini disambung untuk fasa seterusnya atau tidak hanya bergantvng kepada kepatvhan rakyat dalam tempoh 14 hari mulai esok.

“Ramai yang bertanya apakah PKP yang kedua ini akan diteruskan menjadi PKP ketiga dan keempat.

“Adakah bulan puasa nanti PKP akan terus dilaksanakan? Bolehkan kita berhari raya dan sebagainya, saya tahu ramai rakyat yang ingin kembali kepada kehidupan biasa.

“Tuan puan yang boleh memastikan tiada PKP ketiga, keempat, kita boleh berhari raya seperti biasa (atau tidak) adalah tuan dan puan sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdna Menteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, penentu terletak sepenuhnya terhadap keptuhan rakyat.

“Jika kita terus mematuhi setiap arhan dan prosedur 0perasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerjaan, saya percaya perkara tentang ketakvtan kita untuk sambungan PKP tersebut akan dapat kita selesaikan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas k0men-k0men yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis k0men anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua k0men yang ditulis disini. Segala k0men adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sumber : https://bahnews.org/

Via rentasasia.com

Facebook Comments

Be the first to comment on "Rakyat Boleh Menyambut Hari Raya Tapi Syarat Yang Perlu Kita Patuhi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*