Gelagat Kucing Makan Sayuran Buat Ramai Terpegun

Bayangkan kucing dengan bulunya yang gebu dan manja, siapa sahaja  yang tidak terpaut hati apabila melihat haiwan ini. Mungkin juga disebabkan itu kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dipelihara.

Jika anda ada memelihara kucing pasti akan faham apabila setiap hari ada sahaja gelagat kucing ini yang baru dan tidak pernah dilihat. Malah baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan gelagat seekor kucing yang sedang makan di dalam pinggan.

Biarpun nampak seperti kucing yang lain sedang makan, namun makanannya itu telah mencuri perhatian ramai. Jika diteliti, kucing tersebut sedang makan sepinggan sayur! Haiwan peliharaan ini sememangnya adalah dalam kategori karnivor, namun bagaimana pula kucing ini makan sayuran?

Video gelagat kucing makan sayuran ini telah dikongsikan oleh pengguna Twitter seperti berikut:

Menerusi video tersebut kucing itu makan pelbagai jenis sayuran seperti kacang panjang, bayam, kangkung, tauge dan lobak merah. Video berdurasi bawah seminit itu telah meraih hampir 300 ribu tontonan dan 5,500 retweets serta 15,100 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:

“Mungkin sebelum ini diasuh oleh arnab”

“Kucing buat keputusan untuk jadi vegetarian”

Sumber: Twitter twitkocheng via HCL

Facebook Comments

Be the first to comment on "Gelagat Kucing Makan Sayuran Buat Ramai Terpegun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*