“Meskipun Ramadan Tahun Ini Akan Berbeza, Aku Berharap….” – Bunga Citra Lestari Tabah

Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari tabah menyambut bulan Ramadan tahun ini tanpa kehadiran suami tercinta, Allahy4rham Ashraf Sinclair.

 

Menerusi laman soslal Instagram (IG), Bunga, 37, dan anaknya Noah Sinclair, 10, berkongsi ucapan Ramadan mereka untuk tatapan semua pengikut.

 

“Marhaban ya Ramadan, selamat menunaikan puasa Ramadan 1441H untuk teman-teman semua.

“Meskipun Ramadan tahun ini akan berbeza, aku berharap kita semua dapat menjalankan ibadah dengan lancar.

 

“Semoga bulan ini membawa banyak berkah untuk kita semua,” tulis Bunga menerusi ruangan IG Story.

 

Bunga juga sempat menitip sekeping foto dirinya memakai telekung sembahyang bersama ucapan tersebut.

 

April lalu Bunga dilihat memuat naik sekeping foto berwarna hitam sebagai tanda simb0lik kepada kehilangan yang dirasai dalam hidupnya pada tahun ini.

Suami Bunga, aktor Ashraf Sinclair, 40, telah menlnggal dunia pada 18 Februari lalu aklbat ser4ngan jantvng

 

Ashraf dikebumikan di San Diego Hills, Kerawang, Jawa Barat, Indonesia.

Sumber:gempak

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Meskipun Ramadan Tahun Ini Akan Berbeza, Aku Berharap….” – Bunga Citra Lestari Tabah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*