” Malaysia dalam fasa penyembuhan ” Dr Noor Hisham

MALAYSIA kini dalam fasa penyembuhan berdasarkan jumlah k3s baharu C0vld-19 yang kini hanya dua angka sejak beberapa hari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menunjukkan Malaysia sudah melepasi fasa kemuncak jangkltan yang dijangka minggu lalu.

Menurutnya, berdasarkan jangkaan awal, kes baharu di Malaysia dijangka mencapai sehingga 6,300 k3s pada 14 April, namun itu tidak berlaku.

“Kita lihat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu dan dua berjaya mendatarkan jumlah k3s baharu dan jumlah tertinggi dicapai.

“Hanya pada 3 April lalu dengan 217 k3s baharu dan itu adalah jumlah tertinggi yang dicatatkan,” katanya pada sidang media harian C0vld-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, dengan pelan tindakan yang dilaksanakan KKM dan berdasarkan momentum terkini, jumlah kes diharap semakin berkurangan dari semasa ke semasa menerusi PKP fasa tiga.

Namun, katanya, tidak boleh dinafikan jumlah itu boleh meningkat dan disebabkan itu kita perlu meneruskan usaha untuk mengurangkan k3s jangkltan baharu.

Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia kini berusaha meningkatkan kapasiti menjadi 16,385 ujian sehari di 43 makmal seluruh negara.

“Kita kini dalam proses memasang mesln penguji aut0matik Institut Genom Beijing di dua Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang mampu meningkatkan jumlah uji4n.

“Mesin penguji berkenaan dapat meningkatkan jumlah ujian kepada 5,000 sehari termasuk Mkmal Kesihatan Awam di Kota Kinabalu, Sabah yang boleh meningkat kepada 1,000 ujian sehari,” katanya.

sumber metro

Via video viral

Facebook Comments

Be the first to comment on "” Malaysia dalam fasa penyembuhan ” Dr Noor Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*