Luahan Hati Dari Ustaz Ebit Lew Dan Berkongsi Kisah Hidup Sambil Terduduk Kepenatan

Nama ustaz Ebit Lew sering menjadi sebutan sejak tempoh PKP dilaksanakan, mana tidaknya pendakwah terkenal ini telah menghabiskan demi untuk membantu golongan yang memerlukan.

Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook memaparkan foto ustaz Ebit duduk terbaring kepenatan dengan berhampiran penuh berkampit-kampit beras yang bakal disedekahkan.

“Orang tanya kenapa saya buat semua ni…”

Dalam coretannya ustaz Ebit sempat berkongsi apakah yang menyebabkan dia tidak sanggup melihat orang dalam keadaan susah dan mengapakah dia suka berkongsian rezeki bersama insan lain.

Masa baru kahwin hidup susah

Ustaz Ebit bercerita dulu hidup tidak sesenang sekarang, namun berkat sabar dan usaha dia bersyukur dimurahkan rezeki apabila semua kerja yang diusahakan membuahkan hasil.

Dari umur 12 tahun dah mula buat kerja amal

Tambah ustaz Ebit, sejak berumur 12 tahun dia sudah terlibat dalam kerja dakwah dan khidmat masyarakat. Maka tidak hairanlah, sehingga kini aktiviti amal itu sudah sebati dalam dirinya.

Diri, harta, masa semuanya milik Allah

Justeru, di saat Covid-19 ustaz Ebit bertekad mahu menggunakan segala nikmat yang telah Allah berikan kepadanya untuk dia berkhidmat dengan membantu orang lain pula.

Begitu murni hati ustaz Ebit, semoga segala usahanya mendapat rahmat Allah dan dipermudahkan. Diharapkan, kita semua mampu untuk menjadi seseorang yang mampu menyampai kepada insan lain juga.

Sumber : Ustaz Ebit Lew / sambaltumis

Facebook Comments

Be the first to comment on "Luahan Hati Dari Ustaz Ebit Lew Dan Berkongsi Kisah Hidup Sambil Terduduk Kepenatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*