Arjun Rampal Pujl Video Zulin Aziz Lvcu, Minta Netlzen Translate Dialog Sebab…

Akt0r Bollywood terkenal, Arjun Rampal meminta warganet menterjemahkan dialog yang dituturkan pengacara Zulin Aziz menerusi  sebuah video yang disunting bersamanya.

Biarpun tidak  memahami isi kandungannya, kata Arjun, video tersebut kelihatan seperti sebuah video yang mencvit hati.

“Can you translate. It seems funny, lol stay safe (Boleh ke awak terjemahkannya, ia kelihatan lucu),” tulis Arjun menerusi satu entri di akaun Twitternya yang mempunyai lebih 4.4 juta pengikut itu.

Terdahulu, Zulin menyunting sedutan video daripada saIah satu karya lakonan Arjun sebelum berkongsinya di Twitter.

Dalam video yang menggunakan percakapan dalam bahasa Melayu itu, Zulin menyifatkan Arjun sebagai suaminya.

“Perkenalkan.. inilah suami saya. Dia seorang p0lis yang berjuang untuk negara sewaktu C0vid-19 ni. Jangan sampai suami saya tngkap kamu orang! #stayathome,” katanya.

Video yang diretweet lebih 3,000 kali oleh warganet itu kemudian mendapat respons Arjun.

Sementara itu, Zulin menerusi satu entri terbarunya di Instagram meluahkan rasa teruja selepas video tersebut mendapat perhatian akt0r pujaannya.

“Kan dah beritahu… suami saya tak paham sangat Melayu..Awwww dia suruh translate guys.

“Aku boleh tidur senyum macam ni @rampal72,” tulisnya diruangan kapsyen.

Apapun, jangan lupa saksikan program yang pernah menampilkan Zulin Aziz di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Sumber:gempak

Facebook Comments

Be the first to comment on "Arjun Rampal Pujl Video Zulin Aziz Lvcu, Minta Netlzen Translate Dialog Sebab…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*