Mini Neelofa, adik Naura di Hot FM petah bercakap dan manja cuit hati ramai

Nampaknya, mini Neelofa yang mesra disapa adik Naura semakin menjadi perhatian ramai dan gara-gara kemunculannya di siaran radio Hot FM pagi tadi juga mendapat perhatian peminatnya dan pengguna media sosial setelah ia dikongsikan menerusi laman Instagram.

Dikenali sebagai mini Neelofa atau nama sebenarnya Che Naura Auni Che Fadhlullah ini selepas tular di media sosial, ramai makin suka mengikuti perkembangannya apatah lagi, kecomelan kanak-kanak berusia enam tahun ini juga tidak perlu dinafikan lagi.

Seiras dengan Neelofa, adik Naura jadi perhatian ramai

Sangat seiras terutama bahagian wajahnya dimana adik Naura juga memiliki tahi lalat kecil dan ia dikatakan sebijik seperti selebriti dan usahawan terkenal itu sehinggakan ramai akui mereka benar-benar sama.

Perkara itu sekaligus membuatkan rata-rata lebih suka memanggilnya sebagai mini Neelofa. Walau bagaimanapun, kemunculan adik Naura di Hot FM turut mencuit hati netizen.

Ini kerana, pada mulanya adik Naura dilihat malu ketika bersama-sama penyampai radio Hot FM iaitu Shuk Sahar, Fizie Ali dan Shuib Sepahtu namun setelah itu, ramai dapat menyaksikan adik Naura seorang yang petah bercakap selain juga bersikap manja denganShuk.

 

View this post on Instagram

 

Malula Naura! Apalah Uncle Soeb ni 🤪 @nauraboniey @shuibsepahtu @shuk_hotfm @fizie_hotfm #gengpagihot

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

 

View this post on Instagram

 

Semua nak adik Naura ni. Yang last pun nak juga. 🤣🤣 #gurauje @nauraboniey @neelofa

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

 

View this post on Instagram

 

Manja la Naura ni! Mula mula je malu sikit 😘 @nauraboniey @shuk_hotfm @shuibsepahtu @fizie_hotfm

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Adik Naura bagaimanapun turut berkongsikan bahawa cita-citanya juga ingin menjadi seperti Neelofa yang mana selebriti jelita itu juga merupakan salah seorang wanita berjaya dalam kerjayanya sebagai selebriti dan usahawan.

Sumber: Instagram Hot FM via HCL

Facebook Comments

Be the first to comment on "Mini Neelofa, adik Naura di Hot FM petah bercakap dan manja cuit hati ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*