Kucing Boleh Tidur Di Mana2, Ini Buktinya

Jika tidur adalah salah satu acara dalam sukan Olimpik, kucing pasti akan membawa pulang pingat emas. Terkenal sebagai juara melelapkan mata, kucing tidur sekurang-kurangnya 16 jam sehari.

Secara umumnya, kucing lebih banyak menghabiskan waktu untuk tidur pada siang hari kerana sebagai haiwan yang nocturnal, mereka menjadi lebih aktif pada waktu malam.

Tabiat ini adalah ekoran ciri-ciri fisiologi mereka. Sebagai haiwan pemangsa, otak dan tubuh kucing telah diprogramkan untuk memburu pada waktu malam.

Penglihatan mereka yang sangat baik dapat membantu mereka menangkap mangsa tanpa kehadiran mereka dapat dikesan.

Walaupun setelah dijinakkan, kucing masih memaparkan banyak tingkah laku yang sama seperti kucing liar, singa dan harimau.

Memandangkan aktiviti membvru menggunakan banyak tenaga, kucing perlu tidur selama mungkin pada waktu siang supaya mereka mempunyai tenaga yang diperlukan untuk menerk4m mngsa mereka, walaupun mngsa itu hanyalah seekor tikus mainan atau bola benang.

Oleh itu juga, kucing dapat terlena di mana sahaja tidak kiralah di tempat yang bising, sempit, di tengah panas, mahupun di permukaan yang tidak rata.

Sumber: Bored Panda via HCL

Facebook Comments

Be the first to comment on "Kucing Boleh Tidur Di Mana2, Ini Buktinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*