Berita Mira Filzah didakwa bakal kahwin tular, ramai ‘dm’. Ini respon win Caprice!

Kecoh industri hiburan tanah air sejak semalam, apabila desas desus mengatakan Bintang Paling Popular iaitu Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman didakwa bakal kahwin dan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang jejaka pada Oktober ini.

Jejaka itu dikenali sebagai Wan Emir Astar dan dikatakan dia merupakan seorang arkitek selain difahamkan menerusi satu laporan bahawa dia dikatakan sudah menghantar rombongan merisik selebriti cantik itu.

Mira Filzah didakwa bakal kahwin Oktober ini

Seperti yang diketahui, pelakon jelita ini seringkali dikaitkan dengan jejaka-jejaka popular dalam industri hiburan apabila berkerjasama dengan mereka.

Antara jejaka yang juga pernah digosipkan dengan pelakon jelita ini ialah Caprice dimana dia sangat dikenali sebagai penyanyi dan usahawan.

Mira Filzah dan Caprice bekerjasama dalam muzik video (MV) lagu ‘B@by Sayang’

Oleh kerana, Caprice juga sangat terkenal sebagai seseorang yang sering membahaskan isu viral dalam media sosial dimana dia memberikan pandangan ‘win’ terhadap isu-isu hangat diperkatakan ramai dengan memuat naik rakaman video dilaman Instagram.

Disebabkan berita mengenai Mira Filzah dengan jejaka itu juga tular dan menerima pelbagai reaksi ramai lalu Caprice mendedahkan dia banyak menerima ‘dm’ mengenai hal itu. Pun begitu, ia bukanlah satu isu yang berat perlu dibahaskan.

Walau bagaimanapun, respon win Caprice dimana dia juga memperkenalkan aplikasi cari jodoh dalam talian yang dibangunkannya yang dikenali sebagai ‘Salam Jodoh’ membuatkan video itu ditonton lebih 430 ribu tontonan dalam masa yang tidak sampai 24 jam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Sumber: Instagram Caprice via HCL

Facebook Comments

Be the first to comment on "Berita Mira Filzah didakwa bakal kahwin tular, ramai ‘dm’. Ini respon win Caprice!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*