Elfira Loy Seronok Jaga Anak

Sejak mendirikan rumah tangga dan menimang  chaya mata sulung pada 1 Oktober lalu, jarang sekali kita melihat Elfira Loy muncul di kaca televisyen. Boleh dikatakan kehidupan Elfira kini sudah lengkap dengan kehadiran Muhammad Rayyan Khalaf.

Elfira berkata dia lebih selesa menjaga anaknya sendiri dan kini dalam fasa berehat serta meluangkan lebih masa dengan keluarga memandangkan dia tidak pernah berehat lama sejak mula berlakon ketika berusia 12 tahun.

“Sekarang saya jaga anak sepenuh masa. Saya seronok jaga baby sebab sejak terlibat dalam industri lakonan ketika saya berusia 12 tahun, saya tidak pernah lagi berehat lama daripada kerja macam ini.

“Kali ini saya betul-betul rasa rehat selain dapat meluangkan lebih masa dengan ahli keluarga, it’s a great feeling,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Katanya lagi, dia kini memperlahankan kerjayanya dan lebih menumpukan pada kerjasama dengan pr0duk-pr0duk sebagai duta memandangkan anaknya masih kecil. Malah, Elfira mengkui tidak percaya pada pengsuh.

“Saya secara perlahan-lahan akan kembali semula dalam bidang lakonan tapi bukan dalam masa terdekat sebab anak masih kecil.

“Saya memang tidak percayakan pengsuh, sebaliknya saya hanya akan tinggalkan Rayyan dengan ahli keluarga terdekat saya,” katanya.

Sumber:rotikaya

Facebook Comments

Be the first to comment on "Elfira Loy Seronok Jaga Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*