Dua Dekad Dalam Industri Hiburan, Ini Impian Dayang Nurfaizah Yang Belum Tercapai

Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah  mendedahkan impiannya yang belum tercapai sepanjang lebih 20 tahun bergelar penyanyi.

Menurut Dayang, dia berhasrat untuk menghasilkan album menampilkan lagu-lagu klasik yang dinyanyikan dengan cara tersendiri.

“Saya sudah lama berhasrat untuk menghasilkan album lagu-lagu klasik, itu merupakan impian saya yang belum tercapai sepanjang bergelar penyanyi.

“Sebelum ini, saya pernah menyanyikan lagu klasik, tetapi susunan muziknya diubah, selepas ini, saya mahu susunan muzik yang sama dengan lagu asal cuma ‘disegarkan’ sahaja,” kata Dayang.

Dayang berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Amal Alunan Irama bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam.

Penyanyi kelalhiran bumi kenyalang ini menambah, meskipun keadaan tidak mengizinkan sebelum ini, dia akan cuba merealisasikan impian itu.

“Keadaan tidak mengizinkan sebelum ini, tetapi saya akan cuba untuk menjadikan impian ini satu kenyataan, doa-doakan supaya semuanya berjalan lancar,” tambahnya.

Konsert Amal Alunan Irama yang turut menampilkan Datuk Jamal Abdillah akan berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 11 April 2020 jam 8.30 malam.

Konsert ini merupakan anjuran bersama antara Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak, Persatuan Karyawan Malaysia, Istana Budaya dan Educaring Team Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ia bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu golongan yang memerlukan di samping memberi peluang kepada golongan Asnaf, B40 dan orang kelainan upaya (0KU) untuk sama-sama menyaksikan konsert ini di Istana Budaya.

Di samping itu, sebahagian d4na akan disumbangkan kepada Perstuan Karyawan Malaysia untuk membantu keb4jikan ahli di dalamnya.

Harga tiket dijual pada harga RM100, RM170, RM270 dan RM370 menerusi www.myticket.asia mulai 10 Mac 2020.

Sumber:gempak

Facebook Comments

Be the first to comment on "Dua Dekad Dalam Industri Hiburan, Ini Impian Dayang Nurfaizah Yang Belum Tercapai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*