Bakal bergelar isteri, malam berinai Zahirah Macwilson bertemakan B0llywood

Spekvlasi berkenaan majlis pernikahan pelakon cantik yang Zahirah Macwilson dengan aktor tinggi lampai Aiman Hakim Ridza seakan menemui jawapan apabila majlis malam berinai Zahirah berlangsung meriah malam ini.

 

Bertemakan Bollywood Night

 

Bertemakan Bollywood, Zahirah cantik dengan busana seolah-olah gadis Hindi dengan warna merah menjadi tema persalinan yang digayakan olehnya.

Majlis nampak mewah

 

Majlis yang diadakan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja ini turut kelihatan mewah serta berwarna-warni dengan masing-masing turut mengikut tema yang dinyatakan.

Cantik diiring masuk ke dewan

Menerusi perkongsian video di Instagram, jelas terlihat Zahirah anggun diar4k masuk ke dalam dewan sebelum pengacara majlis memulakan acara seterusnya.

Dihadiri keluarga terdekat sahaja

Menerusi Instagram ibu kepada Zahirah, rata-rata hadirin yang datang terlihat bergembira menari tarian Bollywood sambil mengelilingi pelamin untuk majlis berinai yang dijalankan

Terdahulu, Zahirah dan Aiman Hakim Ridza dilaporkan mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu selepas menjalinkan cinta sekian lama.

Pasangan ini pernah mengumumkan bahawa 20.02.2020 sebagai tarikh pernikahan mereka namun selepas itu kembali senyap hingga membuatkan ramai berteka-teki berkenaan tarikh sebenar.

Sumber:instagram

Via omm

Facebook Comments

Be the first to comment on "Bakal bergelar isteri, malam berinai Zahirah Macwilson bertemakan B0llywood"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*