Siti Nurhaliza K0ngsi Berita Gembira, Izara Aishah Bakal Tlmang Anak Perempuan, Bersalin April 2020!

Tahniah buat pelakon, Izara Aishah yang berkongsi dirinya bakal menlmang cahaya mata perempuan pada April depan.

Malah, berita gembira itu turut dikongsikan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang turut hadir pada majlis Baby Shower Izara yang berlangsung pada Khamis.

“Alhamdulillah, semua doakan agar dipermudahkan proses bersalln nanti dan baby girl sihat walafiat,” tulis Siti.

Pada masa sama, penyanyi Anta Permana itu turut berkongsi beberapa foto sekitar majlis, bertemakan warna hijau itu.

Turut hadir pada majlis terbabit ialah ibu mertua Izara, Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham.

Kakak iparnya, Tya Ariffin dan rakan baiknya, pelakon Farah Nabilah turut hadir memeriahkan majlis.

Terdahulu, Izara dan Adib Khalid telah mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017.

Januari lalu, finalis Dewi Remaja 2010 ini telah membuat pendedahan dirinya hamil enam bulan sekali gus men0lak d4kwaan dirinya m4ndul.

Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

Sumber: mh

Facebook Comments

Be the first to comment on "Siti Nurhaliza K0ngsi Berita Gembira, Izara Aishah Bakal Tlmang Anak Perempuan, Bersalin April 2020!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*