“Ibu sukar tidur, kakak ipar banyak berdiam” – Ali Puteh

SELEPAS empat hari pem3rgian pelawak Abam Bocey, adiknya Ali Puteh memberitahu ibu dan kakak iparnya Nor Hidayah masih terk3san dengan kehilangan itu.

 

Menurut Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, ibunya Sabariah Arshad meng4lami kesukaran untuk tidur kerana terkenangkan Allahy4rham.

 

“Keadaan ibu sekarang macam biasa la, dia masih lagi terkenangkan arwh Abam. Waktu siang, dia boleh berborak-borak la juga.

Sabariah masih terkenang arw4h Abam.

“Tapi bila waktu malam saja, dia susah tidur dan akan berborak mengenai arw4h sampai la jam 3, 4 pagi baru boleh tidur.

 

“Buat masa sekarang ini, saya dan isteri serta anak-anak tinggal bersama ibu. Setiap malam kami akan teman ibu tidur.

 

“Walaupun saya sendiri pun masih lagi belum dapat terima hakikat itu tapi terp4ksa juga kuat demi ibu,” kata Ali ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, men!nggal dunia selepas dua hari meng@lami d3mam p@nas di kediamannya, Gombak, pada pagi Isnin.

Allahyarham men!nggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Sementara itu, Ali memberitahu dia akan cuba sebaik mungkin menguruskan harta yang ditinggalkan Allahy@rham.

“Memandangkan rumah ada banyak bilik, ibu bapa mentua arw@h pun tinggal bersama kami buat masa kini.

“Hidayah memang banyak berdiam tapi saya nampak juga dia ada la berborak dengan tetamu.

“Insya-Allah saya akan cuba membantu isteri dan anak Abam. Saya akan cuba susun sebaik yang mungkin harta pen!nggalan arw@h untuk anaknya Hamzah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ali berterima kasih kepada semua tetamu yang masih lagi berterusan menzi@rahi rumah dan kvbur arw@h sehingga kini.

“Alhamdulillah, sampai sekarang sudah empat hari arw4h men!nggal dunia tapi rumah sentiasa dipenuhi orang zi@rah. Dari pagi sampai malam ada sahaja yang datang, kebanyakan mereka dari jauh.

“Mereka kawan-kawan dan kenalan arw@h yang tak dapat datang pada hari pengebvmian,” ujarnya.

Sumber:mstar

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Ibu sukar tidur, kakak ipar banyak berdiam” – Ali Puteh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*