Mira Filzah dikritlk netizen ‘control ayu’ di Meletop tapi dibid4s semula!

Sememangnya, pada setiap malam Selasa pasti saja program hiburan Meletop menjadi perhatian ramai di kaca televisyen.

Bagaimanapun, jika sebelum ini penonton dapat menyaksikan gandingan pengacara tetap Meletop, Nabil Ahmad bersama beberapa selebriti wanita terkenal tanah air dan mendapat pelbagai reaksi ramai setelah Neelofa mengundurkan diri pada Disember tahun lalu.

Pada minggu lalu pula, pelakon jelita Nora Danish meraih perhatian peminat dan penonton yang mana mereka telah memberikan respon baik terhadap selebriti itu sebagai pengacara Meletop sehinggakan ada yang mahu dia menjadi penganti Neelofa di program berkenaan.

Pun begitu, semalam pula kemunculan pelakon popular Mira Filzah sebagai pengacara Meletop mendapat pelbagai reaksi dan ternyata ada yang merasakan kurang senang dengan selebriti berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

Guest host for @meletop tonight! 🧡 . . #workitbyariani #MiraFilzah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Menerusi saIah satu temuramah bersama beberapa tetamu jemputan untuk mempromosikan drama mereka namun ada pula krit1kan ditinggalkan menerusi ruangan komen buat Mira Filzah.

Pelakon Sweet Dreams itu dikatakan control ayu ketika mengacara program Meletop bersama Nabil Ahmad yang mana program berkenaan juga sangat dikenali dengan konsep santai. Apatah lagi membuatkan penonton seronok menonton apabila dapat melihat pengacara bergurau bersama.

Namun begitu, kritikan tersebut turut dibid4s oleh netizen yang merasakan pelakon jelita itu bukanlah control ayu tetapi sudah sangat dikenali ramai dengan sikap sopannya.

“Mira kalau tak cover…”

Sumber: MeletopVia HCL

Facebook Comments

Be the first to comment on "Mira Filzah dikritlk netizen ‘control ayu’ di Meletop tapi dibid4s semula!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*