“Merendah Diri, Bersedekah Dan Ingat Rezeki Datang Dari Allah,” – Dedikasi Pekin Ibrahim, Nasihat Buat Suri Hatinya Mona Allen

Pelakon dan pengrah Pekin Ibrahim, ada meraikan sambutan ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta, Mona Allen lalu ia diab4dikan di Instagram.

Meski disambut secara sederhana bersama sebiji kek, si isteri yang dirai turut berkongsi foto kucupan m3sra dari si suami di pipi.

 

View this post on Instagram

 

The best thing to hold onto in life is each other! #birthday #simplebutperfect #blessed ❤️ #28jan #Aquarius

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on

Pada masa sama, bintang filem Suatu Ketika itu ada memberikan ucapan seterusnya menitip pesanan buat suri hatinya itu.

“Selamat Hari Ulang tahun kepada isteriku @mona.allen, supaya 2020 Allah memberi u kesihatan yang baik, rezki yg melimpah ruah, dan segala perancangan kita di permudahkan & di berkati oleh Nya.

”Merendah diri, bersedekah, dan sentiasa ingat rezki itu datang dari Allah. Sebagai anak seni, berkaryalah, dan sentiasa sedar ruang & terus belajar utk memperbaiki diri.

”InsyaAllah akan di kenang sampai bila-bila. Amin, love u,” tulis Pekin sambil disambut dengan ucapan doa serta dedikasi dari peminat.

Terharu atas titipan kata yang diberikan, Mona dilihat turut memberikan resp0n.

Terdahulu, Pekin dan Mona mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan pasangan ini masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Foto: Instagram Pekin Ibrahim

Sumber : MH

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Merendah Diri, Bersedekah Dan Ingat Rezeki Datang Dari Allah,” – Dedikasi Pekin Ibrahim, Nasihat Buat Suri Hatinya Mona Allen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*