“Susah juga jd pelakon ni…”- Diana Danielle kongsi video babak Camelia raih perhatian ramai

Drama Camelia sudahpun menemui peminat drama tempatan dikaca televisyen pada 16 Januari lalu di Slot Samarinda TV3.

Drama ini sangat menarik perhatian ramai sejak kebelakangan ini yang tidak dinafikan jalan cerita drama bertajuk Camelia itu memiliki kelainan apatah lagi dilakonkan dengan baik oleh beberapa pelakon terkenal.

Antaranya, Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce dan ramai lagi yang dapat disaksikan setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.

Diana Dianelle juga berkongsikan drama terbaru lakonannya itu menerusi laman Instagram dan ternyata satu video babak dalam drama berkenaan mendapat perhatian ramai.

 

Menerusi posting, video itu Diana Danielle mengatakan ia disebalik tabir babak Camelia.

Diana Danielle kongsi sebalik tabir babak Camelia

 

View this post on Instagram

 

Behind the scenes of Camelia, baju tidur dari @thoobelas 💕 @dramasangat

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Meskipun durasi video berkenaan pendek namun sudah membuatkan peminat akui susah menjadi pelakon dan ternyata drama hasil lakonannya itu membuatkan peminat terjebak untuk melihatnya.

“Susah juga jd pelakon ni, all the best beautiful”

Dalam pada itu, di ruangan komen juga netizen memuji kecantikan Diana Danielle selain memberikan respon baik dengan watak terbaru dibawanya itu yang dikatakan sangat sesuai dengan pelakon jelita ini.

“Lawa sgt xpenah miss tengok Camelia…”

Tidak hanya watak dibawa oleh Diana Danielle saja yang menjadi sebutan ramai sejak kebelakangan ini malah, pelakon Ain Edruce juga menjadi bualan penonton.

Sumber: Diana Danielle via HCL

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Susah juga jd pelakon ni…”- Diana Danielle kongsi video babak Camelia raih perhatian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*