“Mcm anak Arab…”- Dah 1 bulan, foto anak bongsu Datin Shahida raih tumpuan ramai

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Shahida telah selamat menimang cahaya mata kelima pada 20 Disember lalu

Anak bongsu pasangan ini diberi nama Raudhah Arshiyah dan hujung minggu lalu pula dilakukan majlis kesyukuran dan tahnik dengan cukup meriah.

Bagaimanapun menerusi posting terbaru, Datin Seri Shahida memberitahu bahawa anaknya itu sudah berusia 1 bulan. Disamping turut berkongsikan dua keping foto anaknya itu.

Anak bongsu Datin Seri Shahida sudah 1 bulan

“Raudhah dah 1 bulan dah kejap je… tapi sekarang ni asyik berjaga je… mungkin bakal jadi cikgu displin ganti mama untuk pantau abah @aliffsyukriterlajaklaris sebab tiap kali dia tgk abah muka dia berkerut je macam muka mama!!.” Ujar Datin Seri Shahida.

Di awal kelahiran anak bongsu Datin Seri Shahida ini sangat mendapat perhatian ramai yang mengikuti perkembangan dua usahawan hebat ini dan ternyata perkongsian foto daripada Datin Seri Shahida menerusi Instagram itu mendapat pelbagai komen daripada peminat dan pengikut.

Malah, perkongsian foto berkenaan juga meraih lebih 40,000 tanda suka daripada netizen yang turut memberikan pandangan mereka terhadap wajah comel anak bongsu pasangan ini.

Pasangan usahawan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah dan turut mempunyai seorang anak angkat perempuan, Ameena.

Sumber: Instagram Datin Shahida via HCL

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Mcm anak Arab…”- Dah 1 bulan, foto anak bongsu Datin Shahida raih tumpuan ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*