“Makan lagi penting…”- Janna Nick tak control cun tepi kekasih raih perhatian ramai

Ada kalanya kita mendengar bahawa perempuan perlu control cun sepanjang masa ketika berada dihadapan kekasih mereka namun tidak semua lelaki yang suka dengan perempuan begitu kerana bersikap natural lebih selesa agar tidak memb0sankan.

Bagi selebriti jelita, Janna Nick yang kini sedang hangat bercinta dapat dilihat menerusi perkongsian video yang meluangkan masa bersama kekasihnya, Dini Schatzmann bahawa dia bukanlah jenis yang control cun.

Malah, ujar Janna Nick melalui perkongsiannya ini dia merupakan awek yang kuat makan dan tidak peduli sesiapa di sebelah kerana menganggap makan lagi penting.

Video Janna Nick sweet dengan kekasih jadi perhatian

Kelihatan, Dini Schatzmann melayan dengan baik kekasihnya itu dan ketika makan juga dia sempat menyanyi buat Janna Nick.

“Awek kuat makan. Memang tak peduli la sapa kat sebelah Tu… makan lagi penting. Tag Gf/Wife yang kuat makan macam kami. Take care when I’m not around @dinischatzmann. Bye bye.” Ujarnya menerusi posting.

Pun begitu, peminat dan pengikut juga merasakan cemburu melihat pasangan ini selain merasakan mereka sangat sweet.

Dalam pada itu, video Janna Nick sweet dengan kekasih itu juga meraih hampir 600,000 tontonan dan pelbagai maklum balas daripada peminat dan pengikut yang ada diantaranya sempat menyakat pasangan selebriti terkenal ini.

Reaksi ramai

Sumber: Janna NickDini Schatzmann via HCL

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Makan lagi penting…”- Janna Nick tak control cun tepi kekasih raih perhatian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*