Baru Berusia 2 Tahun, Harry Punya IQ Luarbiasa Buat Ramai Kagum

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu rakaman seorang kanak-kanak baru berusia 2 tahun, Harry punya IQ luarbiasa menunjukkan kelebihannya pada penonton. Rakaman dari sebuah rancangan berjudul The Ellen DeGeneres Show itu telah meraih perhatian ramai.

Menerusi rakaman rancangan itu, Harry Pile, kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun bersama ibu dan bapanya, Shellie dan Steve menjadi tetamu jemputan The Ellen DeGeneres Show.

Mereka terbang dari Liverpool, England terus ke California untuk berkongsikan mengenai keistimewaan yang ada pada Harry Pile.

Rakaman rancangan tersebut kemudiannya dikongsikan semula di Instagram theellenshow dan telah meraih hampir 5 juta tontonan.

Kebolehan Harry Pile mengingati dan mengenalpasti gambar bendera negara serata dunia dan perkara lain cukup menakjubkan.

Dalam rancangan itu kedengaran Ellen bertanyakan mengenai Harry yang sudah mengenal huruf sejak berusia 12 bulan. Ibunya Shellie menjawab, “Sejak dia lahir, Harry memiliki mata yang besar dan bila kita bergurau dengannya dia nampak terkejut. Jadi sejak usianya 12 bulan dia mula mengenal huruf dan boleh mengeja dan membaca namanya.”

Wow, luarbiasa kebolehan adik ini!

Berikut adalah video ringkas rancangan ini yang memaparkan Harry punya IQ luarbiasa:

 

View this post on Instagram

 

This 2-year-old genius is absolutely, completely bananas. @explorewithharry

A post shared by Ellen DeGeneres (@theellenshow) on

Video Harry punya IQ luarbiasa ini turut diulangsiar di laman Instagram HotFm dan menjadi perhatian ramai. Berikut antara reaksi netizen yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Cerdiknya mu dik, aku kenal bendera Malaysia ja hat len semua tak kenal”

Sumber: Ellen DeGeneres / Hotfm via HCL

Facebook Comments

Be the first to comment on "Baru Berusia 2 Tahun, Harry Punya IQ Luarbiasa Buat Ramai Kagum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*