Bapa Kongsi Kisah Anak Tertinggal Botol Tupperware, Ramai Pernah Lalui

Tupperware adalah salah satu harta paling berharga buat ibu kita, terutamanya yang bekerja sebagai suri rumah.

Ini adalah kerana harga bekas jenama Tupperware itu yang mahal dan kualitinya yang tahan lama menjadi tupperware salah satu perkakas dapur yang paling berguna.

Para ibu pasti akan berfikir dua kali sebelum meminjamkan bekas Tupperware kepada anak-anak kerana takut mereka tidak menjaganya dengan elok.

Apabila ibu memberi ahli kelurga lain kepercayaan untuk menggunakan perkakas kesayangan mereka itu, ia pasti disertai dengan pesanan atau ugutan agar mereka tidak merosakkan atau menghilangkannya.

Tidak hairanlah jika kita melihat rakan yang menjaga botol atau bekas jenama Tupperware mereka seperti nyawa sendiri.

Begitu juga buat seorang bapa ini yang berkongsikan kisah bagaimana anaknya tertinggal botol airnya di sekolah.

Duit RM8 dan botol air tertinggal.

Duit boleh niat sedekah, tapi botol Tupperware…

Perkongsian lucu lelaki itu mengundang netizen untuk berkongsi pengalaman yang sama. Malah ada isteri yang masih ingat tarikh harta kesayangan mereka itu hilang dan mengaku masih berasa geram hingga hari ini.

“Peluh kering peluh balik…”

“Ibu dan Tupperware berpisah tiada…”

Sumber: Facebook via HCL

Facebook Comments

Be the first to comment on "Bapa Kongsi Kisah Anak Tertinggal Botol Tupperware, Ramai Pernah Lalui"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*