Kurang Bebanan, Shima Dapat Rumah PPR

Penyanyi popular era 90-an, Shima gembira apabila mendapat surat tawaran menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) bersama suaminya.

Menurut Shima, tawaran yang diterima itu dapat mengurangkan beban ekoran beberapa masalah dihadapinya sebelum ini.

“Saya sangat gembira apabila menerima tawaran rumah ini kerana bukan semudah itu untuk mendapatkannya.

“Biarlah orang nak cakap rumah itu rumah murah ke, apa ke… Asalkan ada tempat untuk kami berteduh.

“Rumah yang saya sewa sekarang memberi bebanan kerana perlu membayar sewa berjumlah RM600 sebulan. Itu belum termasuk lagi kos bil-bil yang perlu dibayar.

“Insya-Allah, saya dan suami mampu untuk membayarnya setiap bulan. Saya sangat bernasib baik apabila pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga banyak membantu dari segi bantuan makanan, ubat-ubatan dan juga wang bulanan,” katanya kepada Gempak.

Shima ditemui usai majlis penyerahan surat tawaran program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya sebentar tadi.

Turut hadir bersama Shima ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin serta Pengerusi Yayasan Kebajikan Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave.

Penyanyi yang popular dengan lagu Teringin itu mendel3rita s4kit s4raf serta s4kit belakang dan terbaru, menghldap s4kit lemah pvndi kencing.

Dalam pada itu, tidak hanya dugaan Warung Teringin terpaksa ditutup sejak Mac lalu, Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman mendedahkan satu persatu kucingnya m4ti akibat ilmu hit4m.

“Benda seperti slhiir ini kita tidak boleh cakap ia tidak wujud. Saya masih berubat sehingga sekarang kerana keadaan kesihatan saya makin teruk.

“Kucing saya dalam keadaan sihat tiba-tiba m4ti satu persatu. Saya sendiri berasa hairan sehingga membawanya ke klinik haiwan.

“Sekarang ini, kucing saya hanya tinggal tiga ekor sahaja selepas enam yang m4ti. Kucing ini sebenarnya menjadi perisai untuk kita daripada terkena ilmu hit4m,” tambahnya lagi.

Shima pernah terkenal dengan rangkaian lagu seperti Di Sebalik Sejuta Wajah, Setelah Aku Kau Miliki, Lvka Dilvkai dan Malam Yang Pasrah.

Sumber: gempak

Facebook Comments

Be the first to comment on "Kurang Bebanan, Shima Dapat Rumah PPR"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*