Tahniah..The Rock Tamatkan Status Duda

Pelakon dan bekas ahli tinju, Dwayne Johnson telah menamatkan status dudanya apabila mengahwini teman wanitanya, Lauren Hashian pada Ahad lalu.

Memetik laporan huffpost.com Dwayne yang sinonim dengan gelaran The Rock itu telah melangsungkan perkahwinannya di Hawaii.

Difahamkan, pasangan ini telah lama menjalinkan hubungan cinta sebelum ini.

“Dwayne dan Lauren bertemu pada tahun 2006 ketika penggambaran sebuah filem.

“Dwayne ada berkongsi beberapa foto menarik sekitar majlis perkahwinannya itu di akaun Instagram miliknya.

“Dipercayai, Dwayne dan bekas isterinya sebelum ini, Dany Garcia masih berkawan baik sehingga kini,” kata sumber.

Terdahulu, Dwayne telah mengahwini Dany pada tahun 1997, namun rumah tangga mereka menemui titik noktah pada tahun 2008.

Sumber : huffpost.com

Via gempak

Facebook Comments

Be the first to comment on "Tahniah..The Rock Tamatkan Status Duda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*