Vanidah Imran Bakal Harumkan Nama Negara Di Korea Selatan

Pelakon jelita, Vanidah Imran bakal mewakili Malaysia dalam Chungju World Martial Arts Masterships (WMC) 2019 di Korea Selatan bersama Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Pusaka Hanafi).

Bakal berada di Korea Selatan bermula 29 Ogos hingga 7 September ini, Vanidah bersama 19 peserta lain bakal mewakili Malaysia dan bersaing dengan atlet dari 100 negara lain.

“Saya terpilih untuk mewakili Malaysia bersama 19 peserta yang lain dan kami telah menjalani latihan secara intensif selama dua bulan.
“Sebenarnya, sudah tiga tahun saya melibatkan diri dalam Pus4ka Hanafi. Tetapi saya kurang berkongsi mengenai penglibatan saya di laman soslal.

“Insya-Allah, kami akan melakukan persembahan terbaik di sana. Rasa berdebar itu ada kerana kami mewakili Malaysia, tetapi kami akan berusaha untuk memberikan yang terbaik demi negara tercinta,” kata Vanidah.

Kongsi Vanidah lagi, minatnya mula timbul ketika mempelajari silat untuk persembahan teater.

“Saya terbuka hati untuk mempelajari Pusaka Hati dengan lebih mendalam selepas terlibat dengan pementasan teater. Tak pernah terfikir untuk mendalami bidang ini dengan lebih serius sehingga mewakili Malaysia.

“Sebelum ini saya ada belajar beberapa jenis silat dan seni mempertahankan diri untuk lakonan drama, filem atau teater tetapi saya hanya belajar yang asas sahaja.

“Peluang yang diberikan saya galas dengan penuh rasa tanggungjawab dan menjadi penghormatanbesar untuk saya dalam mewakili Malaysia,” katanya lagi.

Dalam pada itu, sumbangan orang ramai yang mahu membantu pasukan Pusaka Hanafi yang bakal bertanding mewakili Malaysia juga amat dialu-alukan.

Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun Maybank 564164441218 dengan nama Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber : Gempak

Via media hiburan

Facebook Comments

Be the first to comment on "Vanidah Imran Bakal Harumkan Nama Negara Di Korea Selatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*