Didikan yang baik..Selalu teman Daddy mengaji, Yusuf Iskandar kini dah pandai huruf jawi

Cara didikan dan teguran pelakon, Hanis Zalikha terhadap anak-anaknya sering menjadi perhatian ramai di laman media sosial.

Terbaru, wanita berusia 29 tahun itu memuat naik sebuah video di laman Instagram berkongsi telatah anak sulungnya Yusuf Iskandar sedang membaca Iqra.

Menurut Hanis, anaknya yang berusia tiga tahun itu pada mulanya tidak menunjukkan sebarang minat terhadap bacaan tersebut sebelum ini.

“For the longest time Yusuf tak interested langsung bila kita nyanyi alif ba ta untuk dia. Jadi kita tak paksa. Kita biar je dia tengah minat satu2 benda,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, Yusuf mula memberi perhatian kepada abjad jawi apabila sering menemani bapanya Hairul Azreen untuk mengaji al-Quran.

“Tapi bila dia start teman Daddy dia mengaji, baru dia nak pick up alif ba ta masuk umur 3 tahun ni,” katanya.

Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi pengikut dimana rata-rata memuji kepandaian Yusuf dalam mengenal dan membaca huruf al-Quran itu.

Tidak kurang ada juga segelintir berasa terhibur dengan gelagat Yusuf dalam menyampaikan bacaan dengan nada suara yang tingggi.

Sumber : OhMyMedia

Via CelotehSaje

Facebook Comments

Be the first to comment on "Didikan yang baik..Selalu teman Daddy mengaji, Yusuf Iskandar kini dah pandai huruf jawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*