Ini Punca Kenapa Zul Yahya Turun Padang Kutip Sampah selama 2 jam tu

Pelakon dan juga usahawan, Zul Yahya mencvri tumpuan warganet apabila usahanya membersihkan sampah di persekitaran kawasan Taman Meru, Ipoh tular baru-baru ini.

Semuanya gara-gara rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Hairuddin.

“Semalam Zul bagi tahu sampah banyak di kat area Mcdonalds Meru.

“Hari ini dia sendiri yang datang sapu sampah penuh satu kereta pacuan empat roda,” katanya.

Sehingga kini video pada posting terbabit telah dikongsi sebanyak 560 kali dan menerima 68,000 tontonan.

Rata-rata wargenet memuji usaha dan tindakan murni pelakon tersebut.

Walaubagaimanapun tidak kurang juga juga yang menganggap pelakon itu sengaja untuk mencari perhatian.

Menyapu sampah kawasan klang.

Semalam zul yahya dok bagi tau sampah banyak kat area MCD Meru hari ni die sndiri yang datang sapu sampah penuh pajero nye sampah#DBIipoh #ipohipohaje #meruraya
Anda boleh lihat pelbagai reaksi mereka di bawah.

Tindakan mulia.

Allah dah bagi nikmat lapar, nikmat kenyang. Ini selalunya berlaku tas sifat pemalas. Makan nak sedap. Tapi kamu tak hargai apa yang Allah S.W.T bagi pada kamu. Mana-mana netizen yang banyak complain, tolong buat kerja. Ini bukan kerja majlis je, ini kerja semua juga.

Bila kita nak hidup maju kalau sampah banyak macam ini. Tolong yer kita sama-sama tolong bertanggungjawab ke atas bumi kita.

Sementara itu menerusi laman Facebook milik Zul, dia turut memberi nasihat kepada orang awam agar menjaga kebersihan bumi ini kerana itu adalah tanggungjawab bersama.

“Buang tabiat buruk itu dan jadilah manusia berkualiti.

“20 bungkus plastik sampah berjaya dikutip selama 2 jam lebih,”

Dipuji netizen

Sumber : Zul YahyaMohd Hairuddin

Makan hati dengan pekerja, Zul Yahya kurus kering

Kata orang, masalah utama bila melibatkan diri dalam dunia perniagaan kedai makan ialah berkaitan dengan pekerja atau staf. Ada sahaja masalah yang timbul sehingga memeningkan kepala tuan punya kedai.Inilah yang menimpa nasib pelakon Zul Yahya yang mengusahakan kedai makan sendiri selepas tidak lagi aktif dalam dunia lakonan.

Zul atau nama sebenarnya Zulkiffili Yahaya, 46, berkongsi perasaannya tentang sikap anak muda yang tidak serius dalam bekerja dan tidak bersungguh-sungguh untuk meningkatkan rezeki masing-masing.

“AKU KURUS BUKAN TAK CUKUP MAKAN. AKU MEWAH DENGAN MAKANAN. SETIAP MASA AKU BOLEH MAKAN NAK DENGAN TAK NAK JE…

“Tapi layan kerenah pekerja-pekerja yang tak ada hala tuju membuat aku makan sehari sekali kadang-kadang dua hari sekali.

“Inilah masalah utama pengusaha kedai makan… Kalau ditanya semua pengusaha kedai makan, mereka semua pening dengan sikap pekerja.

“Kebanyakan budak Melayu. Budak sekarang jauh pemikiran mereka dengan budak-budak zaman aku dulu. Kerja nak cari ilmu walau susah pun, layan sampai senang. Kerja bukan nak layan nafsv…“Apa-apa pun, usaha kena jalan terus. Aku berniaga bukan suka-suka macam korang suka-suka nak kerja. Dari berat 61 kg layan kerenah budak-budak Melayu, hari ni tinggal 53 kg,” tulis Zul Yahya dalam laman Instagram miliknya pada Khamis.

Namun di sebalik entri tersebut, ada pula netizen yang tidak bersetuju dengan entri dan gambar yang dimuat naik pelakon Gerak Khas The Movie ini.Netizen mempersoalkan niat Zul memuat naik gambar badannya yang tidak berbaju, di samping menasihatkan supaya aktor itu tidak menyalahkan kaum semata-mata.Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan tiga anak perempuan serta seorang lelaki berusia antara 1 hingga 8 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: MHE TV

Via sitesi

Facebook Comments

Be the first to comment on "Ini Punca Kenapa Zul Yahya Turun Padang Kutip Sampah selama 2 jam tu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*