“Sudah mula edar kad jemputan perkahwinan” Ini Komen Tuan badan

PELAKON Farah Nabilah menjelaskan dia juga terkejvt apabila mengetahui khabar angin mengenai perkahwinannya yang dikhabarkan bakal dilangsungkan Oktober ini.

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, berkata, dia akan memberitahu kepada umum jika sampai masanya dan urusan berkaitan mendirikan  rumah  tangga dipermudahkan.

“Saya harap semua bersabar jika benda itu jadi, urusan dipermudahkan dan jodoh saya dah sampai saya akan beritahu semua.

Farah Nabilah terkejvt dikatakan sudah mula edar kad jemputan perkahwinan.

“Jangan risau, saya sendiri rasa tidak adil kepada peminat dan pihak media kalau berkahwin secara senyap. Saya akan umumkan bila tarikhnya tiba kelak,” kata Farah kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon drama Titian Cinta ini menafikan khabar angin majlis perkahwinan itu berlangsung pada bulan hadapan dan sudah pun mengedarkan kad jemputan.

Katanya, dia akan berada di luar negara untuk penggambaran drama sepanjang bulan Oktober.

Farah dan Fikry Ibrahim kembali bergabung dalam drama Kau Yang Pertama.

“Memang tak betul, saya pun berasa pelik apabila dikatakan sudah mula mengedarkan kad jemputan perkahwinan, mungkin ada individu yang namanya sama dengan saya yang bakal berkahwin.

“Malah saya akan berada di luar negara pada bulan Oktober ini dimana dikatakan perkahwinan saya akan berlangsung,” ujarnya.

Sumber: Mstar

Via news kini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Sudah mula edar kad jemputan perkahwinan” Ini Komen Tuan badan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*